Halaman

Sunday, October 9, 2011

Kisah Seorang Pemendam Perasaan


A.D  seorang yang tidak pandai untuk meluahkan isi hati. Dia tidak tahu nak terjemahkan isi hatinya dalam bentuk kata-kata. Contohnya nak meluahkan cinta kepada seseorang atau pun nak meluahkan rasa sakit hatinya pada orang tersebut. Jadi apa yang mampu dilakukan oleh A.D adalah melalui perbuatannya.

A.D pernah mencintai ramai gadis, malanganya tidak ada seorang pun daripada gadis2 tersebut membalas cintanya. Mungkin sebab A.D bertindak terlalu pantas untuk bercinta. Sepatutnya A.D perlu berkawan dahulu barulah boleh bercinta.

Namun, ada seorang gadis ni yang betul2 membuatkan A.D rasa tak menentu. Jadi A.D pun memulakan langkahnya sebagai kawan dahulu. Tapi selang beberapa minggu gadis tersebut sudah bercinta dengan orang lain. Lihat apa kesannya jika kita tidak cepat dalam percintaan? A.D serba salah. Kawannya menasihatinya supaya berkawan dahulu baru boleh bercinta. Tetapi realitinya gadis tersebut terus mencintai pemuda tersebut tanpa ada ikatan persahabatan dahulu. Apa ni? Dari dulu lagi A.D beranggapan bahawa rupa itu sangat penting untuk mencari cinta. Sekarang realitinya memang dah nyata.

Malas aku nak cerita panajang. Oleh itu aku terus buat kesimpulan kisah A.D:

Korang tahu kenapa A.D pendam perasaannya?
Kalau A.D luahkan, dapatkah korang membantunya mendapatkan cinta gadis tersebut?
Tidak kan? Korang hanya menasihati A.D supaya bersabar dan anggap gadis itu sebagai sahabat.
Kalau A.D luahkan, dapatkah korang mengubati hatinya yang sakit apabila melihat gadis tersebut berbual mesra dengan lelaki yang dianggap oleh gadis itu konon sebagai adiknya?
Kalau A.D luahkan, dapatkah korang mengubati hatinya yang sakit apabila melihat gadis tersebut berjalan berdua dengan bekas kekasihnya di tepi pantai?
Kalu A.D luahkan, dapatkah korang mengubati hatinya yang sakit apabila melihat gadis tersebut memkai warna baju yang sama dengan bekas kekasihnya 2 kali berturut2 jika kebetulan?
Tak Kan?
A.D juga tidak rasa lega apabila meluahkan perasaannya. Kerana apabila diluahkan, banyak hati yang sakit, banyak orang yang bingung memikirkan nak selesaikan masalah A.D.
Sebab itu A.D pendam. Biar dia sorang je yang menderita akibat kebodohan dirinya sendiri.

Setelah lima tahun, A.D rasa dia sudah boleh hilangkan perasaannya terhadap gadis tersebut. Namun pada percutian A.D ke P.D baru2 ini, A.D masih lagi rasa sakit apabila melihat gadis tersebut bersama dengan bekas kekasihnya dan lelaki cute yang dianggapnya sebagai adik.

Aku rasa, korang lupakanlah A.D sebab dia ada masalah mental. Apa punya bodoh A.D ni, ramai lagi gadis yang ada di luar sana, nak juga kat gadis tersebut. A.D juga bawak banyak masalah jika korang berkawan dengan dia. Sepanjang percutian A.D tidak ada satu pun memori indah yang dibawanya kerana setiap kali percutiannya, A.D akan sakit hati melihat gadis tersebut bersama bekas kekasihnya dan "adiknya".A.D sering memberi alasan lain seperti tekanan tesis oleh pensyarah untuk menutup perasaannya.

Nasihat untuk A.D: Mungkin bukan jodoh kau lah A.D

No comments:

Kawan.Teman.Sahabat

Kawan.Teman.Sahabat