Nukilan Safuan Abu Bakar Samad
Dahulu
terbangmu megah di angkasa raya
menongkah badai gelora
membelah langit perkasa
menunggang satu visi utama
Gagahmu tiada terlawan
tempurmu bak pahlawan
suaramu membelah awan
cakarmu merobak musuh
tegap berdiri kukuh
habis musuh gugur luruh
Hari ini
sayapmu dikepak tidak sekata
kiri ke atas kanan ke bawah
terbang bak jahil buta
jika bertanding tewasnya mudah
Cenderawasih
dirimu tidak lagi perkasa
kejantananmu diperkosa
bulumu dicarik sengaja
sarangmu diceroboh si hina
hanya kerana sayapmu
mengepak tidak sekata
Cenderawasih hilang di dunia
"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa"
Thursday, July 2, 2009
Bicara Buat Sahabat
Nukilan Azira Azuani
Sering bicaramu menghiris kalbu
Kau pautkan resahmu di atas bahuku
Kau palitkan kekecewaanmu di atas ribaku
Kau biarkan ku lalui cahaya seribu liku
Kau biarkan aku menahan getar gelora rasa
sakit, pedih, ngilu
namun kau terus berlalu
tanpa sedikitpun menoleh ke arahku
Bertahun kita bersama
menangis, ketawa, bahagia, derita
namun dengan hanya sesaat kau menghilang dari pandangan
dengan keangkuhanmu...dengan keegoanmu
kau pergi menyendiri
tinggalkan aku di sini terkapai menghitung hari
inikah yang kau gelar sahabat?
mudah mengucap sayang
tetapi mudah juga mengungkapkan kata perpisahan
Dalam kepasrahan
memandang tanpa bicara
walau dalam sedikit ruang yang kekal bertahun lagi
entah bila kau akan kembali
menghapuskan palitan dosa di wajah
yang telah kita cipta bersama
Sahabat
aku sedar aku bersalah
tetapi janganlah kau lupakan hukum yang Esa
dalam masa yang lama tidak bertegur sapa
maafkan aku sahabat
kerana gagal menjadi permata yang kau idamkan
tapi ketahuilah olehmu
aku masih mendoakan dirimu di kejauhan
diiringi dengan rindu
yang semakin pilu
dilimpahi dengan sedikit waktu
entahkan esok
entahkan bila
dijemput menghadap yang Maha Esa
kenanglah aku sahabat
walau di dalam mimpimu
doakan kita bersatu
walau hanya dalam lagu doa kedamaian
semoga suatu masa
kau akan sedar
betapa permatamu ini masih menanti
kau kembali pada dinihari
Sering bicaramu menghiris kalbu
Kau pautkan resahmu di atas bahuku
Kau palitkan kekecewaanmu di atas ribaku
Kau biarkan ku lalui cahaya seribu liku
Kau biarkan aku menahan getar gelora rasa
sakit, pedih, ngilu
namun kau terus berlalu
tanpa sedikitpun menoleh ke arahku
Bertahun kita bersama
menangis, ketawa, bahagia, derita
namun dengan hanya sesaat kau menghilang dari pandangan
dengan keangkuhanmu...dengan keegoanmu
kau pergi menyendiri
tinggalkan aku di sini terkapai menghitung hari
inikah yang kau gelar sahabat?
mudah mengucap sayang
tetapi mudah juga mengungkapkan kata perpisahan
Dalam kepasrahan
memandang tanpa bicara
walau dalam sedikit ruang yang kekal bertahun lagi
entah bila kau akan kembali
menghapuskan palitan dosa di wajah
yang telah kita cipta bersama
Sahabat
aku sedar aku bersalah
tetapi janganlah kau lupakan hukum yang Esa
dalam masa yang lama tidak bertegur sapa
maafkan aku sahabat
kerana gagal menjadi permata yang kau idamkan
tapi ketahuilah olehmu
aku masih mendoakan dirimu di kejauhan
diiringi dengan rindu
yang semakin pilu
dilimpahi dengan sedikit waktu
entahkan esok
entahkan bila
dijemput menghadap yang Maha Esa
kenanglah aku sahabat
walau di dalam mimpimu
doakan kita bersatu
walau hanya dalam lagu doa kedamaian
semoga suatu masa
kau akan sedar
betapa permatamu ini masih menanti
kau kembali pada dinihari
Tuesday, June 30, 2009
Masih Ada Sinar Taubat
Sejenak
terdetik dari penjuru hati
meruap ke seluruh tubuh
seorang insan
sebuah jiwa
sekeping hati
termangu menanti sebuah jawapan
mencari bayang-bayang kehidupan
di selekoh lorong yang gelap dan
disinari bulan yang kelam.
Seorang insan itu
kukuh dibelenggu dosa-dosa silam
umpama ditikan jarum-jarum petir
sakit
pedih
bagaikan tiada penghujung erti kesakitan itu
merangkak si insan itu
mencari cahaya
jauh
tersangat jauh
seperti hujung jarum kelihatan sinar cahaya itu.
Namun
Dia Yang Maha Esa
Alla Hu Rabbi
Arrahman Arrahim
tiada yang mustahi
tiada yang sempurna
syaitan dan iblis
tetap dengan janji-janjinya.
Namun
pintu taubat
pintu kerahmatan
masih setia terbuka luas
bagi insan itu melangkah ke dalam
cuma yang tinggal
hanya usaha dan istiqamah
mencari segunung Taubat
yang menjadi anak kunci
untuk membuka pintu yang luas itu.
terdetik dari penjuru hati
meruap ke seluruh tubuh
seorang insan
sebuah jiwa
sekeping hati
termangu menanti sebuah jawapan
mencari bayang-bayang kehidupan
di selekoh lorong yang gelap dan
disinari bulan yang kelam.
Seorang insan itu
kukuh dibelenggu dosa-dosa silam
umpama ditikan jarum-jarum petir
sakit
pedih
bagaikan tiada penghujung erti kesakitan itu
merangkak si insan itu
mencari cahaya
jauh
tersangat jauh
seperti hujung jarum kelihatan sinar cahaya itu.
Namun
Dia Yang Maha Esa
Alla Hu Rabbi
Arrahman Arrahim
tiada yang mustahi
tiada yang sempurna
syaitan dan iblis
tetap dengan janji-janjinya.
Namun
pintu taubat
pintu kerahmatan
masih setia terbuka luas
bagi insan itu melangkah ke dalam
cuma yang tinggal
hanya usaha dan istiqamah
mencari segunung Taubat
yang menjadi anak kunci
untuk membuka pintu yang luas itu.
Kaukah Itu?
Kaukah itu?
Atau warna-warna ceria yang menghiasi sudut dunia ini?
Kaukah itu?
Atau segumpal awan jernih yang berarak menyelusuri awan biru?
Kaukah itu?
Atau sekuntum bunga yang sedang mekar mewangi?
Kaukah itu?
Atau bisikian merdu dari hembusan bayu?
Kaukah itu?
Atau sinaran matahari yang kian tenggelam di ufuk timur?
Kaukah itu?
Atau bidadari yang turun bersinggahsana dari kayanagn?
Kaukah itu?
Atau haruman kasturi dari taman syurga?
Kaukah itu?
Atau khayalan mimpi yang bertandang hanya sementara,
tidak kekal dan tidak wujud dalam realiti,
bahkan tidak kan pernah jadi kenyataan.
Kaulah penyeri mimpi indahku di malam hari.
Kau jualah idaman hati yang kudus ini,
meskipun tidak akan ku gapai menjadi realiti.
Atau warna-warna ceria yang menghiasi sudut dunia ini?
Kaukah itu?
Atau segumpal awan jernih yang berarak menyelusuri awan biru?
Kaukah itu?
Atau sekuntum bunga yang sedang mekar mewangi?
Kaukah itu?
Atau bisikian merdu dari hembusan bayu?
Kaukah itu?
Atau sinaran matahari yang kian tenggelam di ufuk timur?
Kaukah itu?
Atau bidadari yang turun bersinggahsana dari kayanagn?
Kaukah itu?
Atau haruman kasturi dari taman syurga?
Kaukah itu?
Atau khayalan mimpi yang bertandang hanya sementara,
tidak kekal dan tidak wujud dalam realiti,
bahkan tidak kan pernah jadi kenyataan.
Kaulah penyeri mimpi indahku di malam hari.
Kau jualah idaman hati yang kudus ini,
meskipun tidak akan ku gapai menjadi realiti.
Monday, June 29, 2009
Aku Kembali!!
Hari ini (29 Jun 2009) aku kembali mengedit blog aku. Setelah kian lama aku menyepikan diri, baru hari ini aku terdetik untuk kembali menulis blog. Hal ini kerana aku tertarik dengan sahabatku azhan (http://mohamadazhan.blogspot.com) yang berjaya membuat blognya nampak menarik. Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kawan.Teman.Sahabat
