Halaman

Sunday, October 30, 2011

KISAH A.D HANYA SEZARAH CORETAN HIDUP

Terima kasih kepada pembaca-pembaca yang sudi membaca blog ini. Admin puji keikhlasan komen anda semua. Walau bagaimanapun kisah A.D ini hanya sekecil kuman sahaja. Tidak perlu terngiang-ngiang di minda. Terima kasih seklai lagi kerana menyokong blog ini. Admin sangat menghargai kalian.

Berbalik kepada kisah A.D. Admin ada terbaca satu teori iaitu teori pembelajaran melalui pengalaman (experiential learning) yang diasaskan oleh Kolb (1984). Teori ini mengatakan bahawa manusia itu belajar melalui pengalaman. Contohnya, seorang pelajar perubatan perlu menjalani praktikal di klinik atau hospital bagi mendapatkan pengalaman tentang apa yang dipelajarinya.





Begitu juga dengan A.D. Selama 24 tahun A.D mencari cinta manusia untuk mengisi kekososngan hatinya. Kawan-kawannya puas menasihatinya bahawa cinta manusia tidak kekal, carilah cinta Allah. Benar apa yang dikatakan kawan A.D. Tapi bagi A.D tidak begitu, kerana hatinya memberontak:

Cukuplah bagi A.D jika dia dapat merasakan disayangi dan menyayangi orang yang dicintainya.
Cukuplah bagi A.D jika dia dapat merasakan bagaimana rasanya dirinya diambil berat oleh orang yang dicintainya.
Cukuplah bagi A.D jika dia dapat merasakan bagaimana perasaan bila mendekati dan didekati orang yang dicintainya.
Cukuplah jika A.D dapat merasakannya sekali sahaja kerana pengalaman itu akan mengajar A.D bahawa cinta manusia itu tidak akan kemana.
Mungkin selepas itu A.D tahu bahawa kawan lebih penting daripada cinta.

Jadi memang benarlah teori pengalaman ini dapat mengajar manusia itu belajar erti kehidupan, kerana pengalaman merupakan guru yang paling baik dalam mengajar manusia itu erti sebenar kehidupan ini.

Friday, October 14, 2011

KISAH HATI DAN BUNGA SIRI 2

Bunga dalam hati yang disangka kembang hanya bertahan selama 1 setengah hari sahaja. Manakan tidak si gadis tidak pandai menjaga bunga itu. Maka layulah bunga tersebut.



Kisah ini sudah berulang-ulang kali berlaku. Namun Si gadis masih tidak mengerti. Bukan sengaja aku lakukan semua ini kepadamu. Tapi jika kalian nak anggap aku jahat, sombong, terpulanglah pada kalian. Aku tidak mahu bertegur dan pandang kau kerana hati ini tidak tahan.

"Tidakkah kau tahu, aku cintakan kau bagai nak mati?"
"Kalau kau tak boleh balas cinta aku, kenapa tidak sekurang-kurangnya kau jaga hati aku!"
"Tidakkah kau tahu, hanya dengan memandang matamu, hatiku seakan berbunga hingga aku tidak sedar aku tersengeh sendirian?"
"Tidakkah kau tahu, aku cuba untuk membuang perasaan ini. Aku dah cuba. Tapi sepintas wajahmu kuterpandang, perasaan itu datang semula."


Kenapa kau masih berada di hadapanku? Aku membilang waktu untuk berjauhan denganmu. Semakin lama aku dekat dengan kau, semakin banyak hati yang akan sakit. Maafkan aku jika perbuatan ku ini melukakan hati kau. Tapi ramai yang akan ubatkan hati kau jika terluka. Aku tidak ada. Tidak ada yang datang untuk membaluti lukaku. Ramai orang sayangkan kau, cintakan kau. Tapi aku tidak ada. Hanya aku je cintakan kau. Aku harap perpisahan yang akan berlaku tak lama lagi akan membantu aku membuang perasaan ini jauh2. Sakit sangat2. Nasib baik aku lelaki yang tabah. Aku takkan menangis....

Thursday, October 13, 2011

Kisah Pelik!! HATI ADA BUNGA??

Bukan pelik sangat pun. Tajuk je nak kasi gempak. Sebab hari ni aku nak story kisah yang happening, happy, seronok, ceria, dan beberapa hiperbola yang tinggi untuk menunjukkan kehappeningan story nih!!Amboi rosak tatabahasa aku.Hahaha!!



Ok. Baru semalam aku kembali ceria seperti dahulu. Dah lebih kurang 2 tahun gak aku kehilangan perasaan berbunga2 ni. Puas aku cari dalam tong sampah, dalam longkang, dan dalam lubang jamban mane la tawu kot2 aku terbuang perasaan tu. Tapi rupa2nya ade orang yang curi bunga dalam hati aku tu. Dan semalam jugaklah "saudari" itu pulangkan semula bunga tersebut. Maka BERBUNGA-BUNGALAH hati aku sejak semalam. Yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!




Tapi aku bimbang. Aku bimbang bunga dalam hati ini akan layu. Sebab aku tak pandai nak jage hati sendiri. Kalau tak siram, mungkin bunga akan layu. Camne nak jage bunga dalam hati ni supaya tak mudah layu?? Aku harap aku dapat menjagenye dalam beberapa hari yang tinggal ni. Aku tak nak "saudari" yang pulangkan semula bunga untuk hati aku ni kecewa dgn sikap aku yg tak pndai nk jage hati sndiri ni. Maafkan aku andai bunga ni layu semula ye wahai "saudari".

Sunday, October 9, 2011


Video ini merupakan album kenangan PISMP Semester 8 di IPG Kampus Bahasa Melayu tahun 2011. Admin menggabungkan 5 lagu dan dipendekkan sehingga menjadi 7 minit. Gambar yang dipilih telah ditapis secara rawak. Jika ada gambar yang terlupa letak dan terlepas dari mata admin yang tidak sempurna ini maka mohon maafkan admin. Semoga video ini dapat mengimbau kembali nostalgia kenangan kita bersama sepanjang 5 tahun setengan berada di sini.
Kisah Seorang Pemendam Perasaan


A.D  seorang yang tidak pandai untuk meluahkan isi hati. Dia tidak tahu nak terjemahkan isi hatinya dalam bentuk kata-kata. Contohnya nak meluahkan cinta kepada seseorang atau pun nak meluahkan rasa sakit hatinya pada orang tersebut. Jadi apa yang mampu dilakukan oleh A.D adalah melalui perbuatannya.

A.D pernah mencintai ramai gadis, malanganya tidak ada seorang pun daripada gadis2 tersebut membalas cintanya. Mungkin sebab A.D bertindak terlalu pantas untuk bercinta. Sepatutnya A.D perlu berkawan dahulu barulah boleh bercinta.

Namun, ada seorang gadis ni yang betul2 membuatkan A.D rasa tak menentu. Jadi A.D pun memulakan langkahnya sebagai kawan dahulu. Tapi selang beberapa minggu gadis tersebut sudah bercinta dengan orang lain. Lihat apa kesannya jika kita tidak cepat dalam percintaan? A.D serba salah. Kawannya menasihatinya supaya berkawan dahulu baru boleh bercinta. Tetapi realitinya gadis tersebut terus mencintai pemuda tersebut tanpa ada ikatan persahabatan dahulu. Apa ni? Dari dulu lagi A.D beranggapan bahawa rupa itu sangat penting untuk mencari cinta. Sekarang realitinya memang dah nyata.

Malas aku nak cerita panajang. Oleh itu aku terus buat kesimpulan kisah A.D:

Korang tahu kenapa A.D pendam perasaannya?
Kalau A.D luahkan, dapatkah korang membantunya mendapatkan cinta gadis tersebut?
Tidak kan? Korang hanya menasihati A.D supaya bersabar dan anggap gadis itu sebagai sahabat.
Kalau A.D luahkan, dapatkah korang mengubati hatinya yang sakit apabila melihat gadis tersebut berbual mesra dengan lelaki yang dianggap oleh gadis itu konon sebagai adiknya?
Kalau A.D luahkan, dapatkah korang mengubati hatinya yang sakit apabila melihat gadis tersebut berjalan berdua dengan bekas kekasihnya di tepi pantai?
Kalu A.D luahkan, dapatkah korang mengubati hatinya yang sakit apabila melihat gadis tersebut memkai warna baju yang sama dengan bekas kekasihnya 2 kali berturut2 jika kebetulan?
Tak Kan?
A.D juga tidak rasa lega apabila meluahkan perasaannya. Kerana apabila diluahkan, banyak hati yang sakit, banyak orang yang bingung memikirkan nak selesaikan masalah A.D.
Sebab itu A.D pendam. Biar dia sorang je yang menderita akibat kebodohan dirinya sendiri.

Setelah lima tahun, A.D rasa dia sudah boleh hilangkan perasaannya terhadap gadis tersebut. Namun pada percutian A.D ke P.D baru2 ini, A.D masih lagi rasa sakit apabila melihat gadis tersebut bersama dengan bekas kekasihnya dan lelaki cute yang dianggapnya sebagai adik.

Aku rasa, korang lupakanlah A.D sebab dia ada masalah mental. Apa punya bodoh A.D ni, ramai lagi gadis yang ada di luar sana, nak juga kat gadis tersebut. A.D juga bawak banyak masalah jika korang berkawan dengan dia. Sepanjang percutian A.D tidak ada satu pun memori indah yang dibawanya kerana setiap kali percutiannya, A.D akan sakit hati melihat gadis tersebut bersama bekas kekasihnya dan "adiknya".A.D sering memberi alasan lain seperti tekanan tesis oleh pensyarah untuk menutup perasaannya.

Nasihat untuk A.D: Mungkin bukan jodoh kau lah A.D

Sunday, September 25, 2011

Suria Di Cordoba





Salah satu drama bersiri kesukaan aku, Suria Di Cordoba.

Aku suka tengok lakonan Sari Yanti dalam drama ni. Mimik muka dia sentiasa comel walaupun ketika marah ke , sakit hati ke , dan tatkala dia tersenyum merupakan saat wajahnya yang paling comel sekali.




Dalam drama ini diceritakan bahawa Suria (Sari Yanti) merupakan keturunan Tariq ibn Ziyad iaitu pahlawan Islam yang menakluk bumi Andalusia. Tatkala drama ini menyangkan suasana Madrid , Spain, hati aku terasa seperti hendak ke sana. Bilalah agaknya tapak kaki aku akan dijejakkan ke sana.

Apa-apa pun, aku sarankan korang tontonlah drama Suria Di cordoba ini. Aku bagi 5 bintang sebab feveret aku Sari Yanti berlakon dala drama tu. Hehehe..

HEK ELEHH...BLOG LAGII!!!


Kembali menulis menaip semula. Tak taw nak tulis taip apa tapi cuba juga nak menulis menaip. Sebenarnye jeles gak tengok kawan-kawan main blog. Aku pon dah lame ade blog cuma takde komitmen nak tulis taip. Kejap-kejap rasa seronok main blog, kejap-kejap rasa boring plak. Harap-harap lepas ni aku jumpa balik keseronokan menulis menaip dalam laci aku. Dah cuba cari tapi takde komitmen nak cari. Korang pon tolong la cari skali. Keh.Keh.Keh!!

Kawan.Teman.Sahabat

Kawan.Teman.Sahabat