"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa"
Sunday, September 25, 2011
Suria Di Cordoba
Salah satu drama bersiri kesukaan aku, Suria Di Cordoba.
Aku suka tengok lakonan Sari Yanti dalam drama ni. Mimik muka dia sentiasa comel walaupun ketika marah ke , sakit hati ke , dan tatkala dia tersenyum merupakan saat wajahnya yang paling comel sekali.
Dalam drama ini diceritakan bahawa Suria (Sari Yanti) merupakan keturunan Tariq ibn Ziyad iaitu pahlawan Islam yang menakluk bumi Andalusia. Tatkala drama ini menyangkan suasana Madrid , Spain, hati aku terasa seperti hendak ke sana. Bilalah agaknya tapak kaki aku akan dijejakkan ke sana.
Apa-apa pun, aku sarankan korang tontonlah drama Suria Di cordoba ini. Aku bagi 5 bintang sebab feveret aku Sari Yanti berlakon dala drama tu. Hehehe..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kawan.Teman.Sahabat

No comments:
Post a Comment