Halaman

Friday, October 14, 2011

KISAH HATI DAN BUNGA SIRI 2

Bunga dalam hati yang disangka kembang hanya bertahan selama 1 setengah hari sahaja. Manakan tidak si gadis tidak pandai menjaga bunga itu. Maka layulah bunga tersebut.



Kisah ini sudah berulang-ulang kali berlaku. Namun Si gadis masih tidak mengerti. Bukan sengaja aku lakukan semua ini kepadamu. Tapi jika kalian nak anggap aku jahat, sombong, terpulanglah pada kalian. Aku tidak mahu bertegur dan pandang kau kerana hati ini tidak tahan.

"Tidakkah kau tahu, aku cintakan kau bagai nak mati?"
"Kalau kau tak boleh balas cinta aku, kenapa tidak sekurang-kurangnya kau jaga hati aku!"
"Tidakkah kau tahu, hanya dengan memandang matamu, hatiku seakan berbunga hingga aku tidak sedar aku tersengeh sendirian?"
"Tidakkah kau tahu, aku cuba untuk membuang perasaan ini. Aku dah cuba. Tapi sepintas wajahmu kuterpandang, perasaan itu datang semula."


Kenapa kau masih berada di hadapanku? Aku membilang waktu untuk berjauhan denganmu. Semakin lama aku dekat dengan kau, semakin banyak hati yang akan sakit. Maafkan aku jika perbuatan ku ini melukakan hati kau. Tapi ramai yang akan ubatkan hati kau jika terluka. Aku tidak ada. Tidak ada yang datang untuk membaluti lukaku. Ramai orang sayangkan kau, cintakan kau. Tapi aku tidak ada. Hanya aku je cintakan kau. Aku harap perpisahan yang akan berlaku tak lama lagi akan membantu aku membuang perasaan ini jauh2. Sakit sangat2. Nasib baik aku lelaki yang tabah. Aku takkan menangis....

6 comments:

ieqa said...

bunga mmg akan layu...
fitrah kehidupan yang Allah tunjukkan...
supaya kita terus sent8iasa bersedia...
semua yang ada pinjaman dari Allah...
bersyukurlah...
walau sebentar cuma melihat indahnya bunga.....
walau seketika merasai saat bahagia...
peluang bermakna dari Pencipta bunga.
kerana bunga itu ciptaan Allah...
yang hidup pasti mati..
yang bermula pasti berakhir...
tiada satu pun yang kekal..
kecuali pemilik kasih sayang..Allah ar rahman, Allah Ar Rahim...
yang menciptakan bunga...
Allah membiarkan bunga itu layu..
supaya kita tidak leka dengan indahnya bunga...
Pencipta Bunga mahu kita kembali kepadaNya....
Pencipta bunga rindu untuk kita kembali....
Bunga itu tidak layu sebenarnya...
yang layu hanyalah manusia yang tidak mahu berfikir...
Bunga yang layu tetap indah jika dihayati...
Bunga yang layu tanda kita perlu mengingati mati...
tanda kita perlu mencari Ilahi...
Tanda kita perlu berserah diri...
untuk mencari cinta dan redha Ilahi...
seindah ciptaan, selautan pengertian..

ieqa said...

cinta...cinta..cinta..
ap sebenarnya makna cinta AD???...
sekadar untuk memiliki??
begitu mudah makna cinta buat dirimu....
cinta tidak semestinya kita memiliki..
cinta tidak semestinya buat kita..
cinta itu kadangkala bukan yang terbaik buat kita...
tiada cinta yang akan KEKAL...
TIADA dan MUSTAHIL ada...
kecuali cinta kepadaNya...
Yang mencipta cinta di hati manusia...
Dialah sebaik landasan cinta kita sesama insan...
Jangan persoalkan kenapa cinta itu pergi....
hargailah kasih sayang walaupn bukan ats nama cinta...
Allah telah tentukan cinta yang terbaik buat kita..
'redhalah dengan semua ketentuanNya...
Allah tidak pernah menzalimi hambaNya...

ieqa said...

tidak perlu dibuang cinta itu...
kerana perasaan itu anugerah...
redhalah dengan ketentuanNya...
bersykur kerana Allah kurniakan perasaan itu...
hargailah dia walaupun kita tidak boleh memiliki...
tapi kita masih bisa untuk menyayangi...
semoga ada memori...
kasih pernah bersemi...

Anonymous said...

cinta bukan paksaan AD...
aku juga pernah kehilangan orang yang aku cinta...orang yang aku sayang setengah mati...tapi itu bukan penamat sebuah kehidupan...aku terus berusaha dengan doa dan tawakal...aku yakin Allah itu adil...aku juga pernah rasa rendah diri macam kau...aku bukan gadis cantik yang menjadi pujaan semua lelaki...aku hanya aku...aku ingin mencintai seseorang yang boleh membuat aku tersenyum dan boleh buat aku menghormati diri dia...bukan insan yang bila aku pandang tiada rasa di hatiku...

kalau kau tak mahu terima aku sebagai kawan, aku mohon jangan rampas kawan2 aku daripadaku...untuk waktu yang beberapa ketika ini, aku mahu bersama mereka...bukan untuk bercinta...tapi sebagai bekalan apabila mereka tiada di depanku lagi...sama juga dengan kau...kalau kau sudi menjadi seperti mereka, memandang aku sebagai teman dan sahabat, aku tak keberatan untuk berjalan bersama kau di tepi pantai...tapi kau mengasing diri dan sentiasa ingin aku melayani kau seperti seorang kekasih...

AD...
kau lelaki yang aku hormat...kau kawan aku dunia akhirat...kau baik dengan aku....aku xnafikan kau lelaki yang baik...tapi apakan daya aku untuk memaksa hati...aku pernah menolak ramai lelaki...tapi tiada seorangpun yang seperti kau...semuanya menerima aku sebagai kawan...

AD..
tak keterlaluan aku katanya...ramai lelaki yang mengalah dengan kau...takot untuk bergandingan denganku...aku kehilangan orang yang aku sayang kerana kau...kerana ingin menjaga hati kau...tapi untuk waktu yang tinggal ini, aku merayu...buka la hati kau untuk menerima semuanya sebagai ketentuan ALLAH yang maha mengetahui segala di langit dan di bumi...

AD...
percayalah..
wanita yang baik untuk lelaki yang baik...mungkin aku bukan wanita itu...aku yakin satu hari nanti kau akan menyesal kerana terlalu memujaku yang tidak punya apa2 ini...sentiasalah bersujud kepada Allah...kalau takdir suratan, tiada siapa yang akan menghalang jodoh pemberian tuhan...belajarlah untuk membuka hati jauh dari dendam kesumat yang memakan diri...sesungguhnya aku menyanyagi kesemua sahabatku yang kuanggap adik, abang dan kakak....

kau memilih untuk pergi...aku tiada hak untuk menghalang...tapi aku berdoa pada Allah semoga kau diberi kekuatan menghadapi waktu sukar sebagaimana aku menghadapinya dulu...maafkan aku...

Anonymous said...

AD,
sungguh cerita kau,terharu aku membacanya,boleh aku tahu adakah ini pengalaman kau sekarang?bersabarla AD,mungkin tuhan x ciptakan dia untuk kau,tuhan ciptakan seseorang yang lain untuk kau...insyallah...AllAH tak pernah tak berlaku adil terhadap hambanya...wassalam...

Teruna Cinta said...

Salam untuk AD..
AD cinta itu tidak seksa sekiranya kita tidak buta mencarinya..
tahniah kepada AD kerana sudah berusaha mencari cinta si gadis selama ini..tabahkanlah hati..
si gadis itu mungkin pada pandangan AD amat 'bernilai' dan mampu membuat AD tersenyum sendiri..tapi, AD Allah sudah menyuratkan yang si gadis tidak mampu membalas cinta yang AD semai selama ini..mungkin bajanya tidak cukup atau jagaanya tidak sesuai dengan citarasa bunga dan menjadikan bunga si gadis kering dan layu semula..AD,mungkin Allah telah memberikan hikmah mengapa AD agak sukar memperoleh cinta khayalan si gadis..Allah ada sebab mengapa semua berlaku..mungkin, Allah tidak mahu AD seksa dan diseksa zahir dan batin pada masa akan datang..biar awalnya agak payah tapi kemudian hari Allah akan berikan si gadis baru yang lebih baik dari si gadis lama..fikirkanlah AD..sengsara zahir AD boleh cari ubatnya..sengsara batin(hati) hanya diri AD sahaja yang ada pengubatnya,tapi ingatlah AD hanya Allah yang Maha Tahu segala yang telah,sedang dan akan berlaku pada masa akan datang..teruskan mencari bunga gadis yang baru..kerana cinta sejati manusia yang Allah cipta hanyalah untuk manusia yang layak dipilihNya..berdoa dan teruskan usahamu..cuba lupakan si gadis lama..perlahan-lahan lupakan si gadis itu..itu lebih baik dari terseksa...

Kawan.Teman.Sahabat

Kawan.Teman.Sahabat