Halaman

Friday, August 14, 2009

Wahai Penghuni Bumi

wahai penghuni bumi
gerak langkahmu mengasyikkan
aku perhati penuh khusyuk
aku perhati tiap langkahmu
langkah demi langkah
kau susun penuh atur
melangkah menuju destinasimu

wahai penghuni bumi
berat mataku memandang
berat lagi badanmu menanggung bebanmu
kau usung bebanmu kesan kemari
walaupun berat
tidak pula kau tinggalkan bebanmu
aku kagum melihatmu

wahai penghuni bumi
tatkala kau disanjung oleh kanak-kanak
dalam cerita dongeng rekaan manusia
kau memberi inspirasi kehidupan
walau gerak langkahmu perlahan
kau menang di garisan penamat
meninggalkan sang arnab angkuh yang ketiduran
kaulah sumber inspirasi
wahai penghuni bumi
sang kura-kura.

2 comments:

Mohamadazhan hjDesa said...

salam ramadan karim kepada semua sahabat, semoga kita semua beroleh keberkatan dan hidayah dari-Nya :)

snappshoter said...

salam..aku dari IPSAH..
aku nak mintk tlg ko bleh x?
tlg bg no hp perwakilan pelajar maktab ko..ktorg ada program nak wat dgn maktab ko..
secepat mungkin k..
ni no aku, 019-5524151 (nas)

Kawan.Teman.Sahabat

Kawan.Teman.Sahabat