Halaman

Sunday, October 30, 2011

KISAH A.D HANYA SEZARAH CORETAN HIDUP

Terima kasih kepada pembaca-pembaca yang sudi membaca blog ini. Admin puji keikhlasan komen anda semua. Walau bagaimanapun kisah A.D ini hanya sekecil kuman sahaja. Tidak perlu terngiang-ngiang di minda. Terima kasih seklai lagi kerana menyokong blog ini. Admin sangat menghargai kalian.

Berbalik kepada kisah A.D. Admin ada terbaca satu teori iaitu teori pembelajaran melalui pengalaman (experiential learning) yang diasaskan oleh Kolb (1984). Teori ini mengatakan bahawa manusia itu belajar melalui pengalaman. Contohnya, seorang pelajar perubatan perlu menjalani praktikal di klinik atau hospital bagi mendapatkan pengalaman tentang apa yang dipelajarinya.





Begitu juga dengan A.D. Selama 24 tahun A.D mencari cinta manusia untuk mengisi kekososngan hatinya. Kawan-kawannya puas menasihatinya bahawa cinta manusia tidak kekal, carilah cinta Allah. Benar apa yang dikatakan kawan A.D. Tapi bagi A.D tidak begitu, kerana hatinya memberontak:

Cukuplah bagi A.D jika dia dapat merasakan disayangi dan menyayangi orang yang dicintainya.
Cukuplah bagi A.D jika dia dapat merasakan bagaimana rasanya dirinya diambil berat oleh orang yang dicintainya.
Cukuplah bagi A.D jika dia dapat merasakan bagaimana perasaan bila mendekati dan didekati orang yang dicintainya.
Cukuplah jika A.D dapat merasakannya sekali sahaja kerana pengalaman itu akan mengajar A.D bahawa cinta manusia itu tidak akan kemana.
Mungkin selepas itu A.D tahu bahawa kawan lebih penting daripada cinta.

Jadi memang benarlah teori pengalaman ini dapat mengajar manusia itu belajar erti kehidupan, kerana pengalaman merupakan guru yang paling baik dalam mengajar manusia itu erti sebenar kehidupan ini.

Kawan.Teman.Sahabat

Kawan.Teman.Sahabat